Wednesday, June 16, 2010

Kemeriahan Hari Kelab Upin & Ipin di Zoo Negara (Bahagian 2)

Ha! pasti semua pembaca telah dapat berkongsi kemeriahan dan keseronokan Hari Kelab Upin & Ipin di Zoo Negara pada bahagian 1 yang lalu. Kepada yang hadir, sekali lagi diucapkan terima kasih. Pada bahagian ke 2 ini pula, mari kita lihat wajah-wajah dibelakang tabir yang telah bertungkus lumus menjayakan acara ini. Tanpa usaha gigih mereka, pasti kemeriahan acara ini tidak tercapai.

Untuk menjayakan acara sebesar ini, gabungan beberapa anak syarikat di bawah Les' Copaque Production dan syarikat bersekutu bergabung dan memberi kotmitmen yang sangat tinggi. Les' Copaque Production sendiri dibantu oleh LC Merchandising, Bruang Filem dan juga LCGDI dalam memastikan perjalanan aturcara berjalan lancar. Kesemua krew acara bersiap sedia seawal 8 pagi untuk mengadakan persiapan terakhir.
Antara krew kaunter baju Kelab Upin & Ipin
Zarin dan Nisa ketika sedang berbincang

Muiz gigih ketika persediaan maskot

Jehan dan Ayu antara krew
untuk aktiviti


Setiap krew telahpun diberi tugas masing-masing mengikut department serta pembahagian tugas. Dari aspek persembahan, pendaftaran, jualan, aktiviti, makanan, hadiah hinggalah kepada keselamatan semuanya mesti diambil kira. Dengan ketibaan pengunjung yang tiba lebih awal dari yang dijangkakan department aktiviti memainkan peranan penting dan menjadi penyeri acara pada awal pagi. Kaunter pendaftaran juga tidak kurang sibuknya kerana ramai pengunjung yang ingin mendaftar sebagai ahli walaupun sebelum perasmian dijalankan. Namun di dalam kesesakkan acara, setiap krew masih mampu memberi senyuman dan layanan yang terbaik.

Fazidah, Fikri dan Leman sangat
komited dengan tugas masing-masing

Hafiz diantara pengacara
untuk segmen aktiviti

Fariz teruja seketika semasa
memasang bunting

Aran ketua teknikal memastikan sound
system berada dalam keadaan terbaik

Azi pun rajin membantu

Pada hari tersebut juga, kaunter jualan dan promosi diantara yang tak menang tangan. Kesemua produk termasuklah baru dan lama dijual dengan harga paling rendah dalam sejarah. Suasananya memang begitu meriah lebih-lebih lagi ianya dijual oleh Pengarah Kreatif LCP sendiri iaitu Usamah Zaid bersama isteri sambil dibantu oleh krew yang lain. Kepada yang ketinggalan untuk mendapatkan produk baru seperti plush toys mini Upin & Ipin masih boleh dapatkannya di U & I Butique.

Mari kita lihat gambar-gambar menarik disepanjang acara ini dijalankan.

Adam petah bercakap
menarik perhatian pengunjung

Ah Wei, Diin dan Hafiz
berbincang mengenai aturcara

Fikri dan Abang Sazali terlalu sibuk
hingga terpaksa mencuri waktu makan

Lai Kuan juga bersemangat
Amin kebiasaannya menjadi animator,
tapi pada hari ini menjadi penjual

Keng Sun sempat bergambar selepas
sibuk mengawal keselamatan

Naz juga dari Bruang Filem yang
sibuk menjalankan rakaman
Fikri yang berada di masa saja
Ikmal juga menjadi penjual berjaya

Nampaknya Hari Kelab Upin & Ipin yang selesai lebih kurang 5 petang ini memang seronok dan menghiburkan. Walaupun masing-masing kepenatan, namun titik peluh mereka semua berbaloi apabila menyaksikan wajah kegembiraan pada semua pengunjung yang hadir. InsyaAllah, selepas ini Hari Kelab Upin & Ipin akan dianjurkan lagi dan segala kekurangan pada acara yang lepas akan diperbaiki. Terima kasih kepada TV9 sebagai penyiar rasmi dan HoTFM sebagai radio rasmi Hari Kelab Upin & Ipin di Zoo Negara. Tidak lupa juga kepada Zoo Negara yang telah memberi sokongan di dalam menjayakan acara ini.