Sejak dari minggu lepas, peti surat kami menerima penyertaan Reka Dialog Geng : Pengembaraan Bermula tanpa henti sehinggalah hari ini. Borang penyertaan boleh didapati dalam Gempak Isu 220. Pelbagai dialog kreatif telah dihasilkan oleh para peminat Geng dan Upin & Ipin. Pemenang yang berjaya menghasilkan dialog yang paling kreatif dan hampir sama dengan filem Geng : Pengembaraan Bermula bakal memenangi barangan eksklusif Geng.
Tarikh tutup penyertaan pertandingan ini adalah 1hb Februari 2009, jadi apa tunggu lagi! Hantarkan penyertaan anda sekarang!
