Thursday, January 22, 2009

Shooting rancangan Filem di 9

Pada hari Selasa lepas, 20 Januari 2009 beberapa staff dan pelakon alih suara Les'Copaque telah terlibat dengan shooting rancangan Filem di 9. Shooting tersebut diadakan di TGV One Utama, Bandar Utama. Untuk shooting kali ini, yang terlibat adalah pengarah animasi Geng iaitu Usamah Zaid, 2 pelakon suara utama iaitu Nur Fathiah (Upin & Ipin) dan Kannan (Rajoo) dan juga maskot Upin & Ipin.

Bagi shooting kali ni, mereka bukan sahaja dijemput sebagai tetamu khas tetapi dapat juga menjadi pengacara bersama hostnya iaitu Raja Farah. Jadi, jom kita lihat gelagat-gelagat mereka semasa shooting.



Sebelum shooting, semua dikehendaki rehearsal dulu.

Sesi shooting sudah bermula.

Zaid sedang shooting.

Maskot Upin & Ipin membuatkan pengacara, Raja Farah, tidak kering gusi dengan gelagat mereka.

Aksi-aksi ketika shooting.

Selama hampir 3 jam sesi rakaman dijalankan. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang terlibat, ia adalah pengalaman yang amat menyeronokkan. Terima kasih juga diucapkan kepada krew Filem di 9 dan Raja Farah diatas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih!

Dan seperti biasa, kami juga tidak lupa untuk bergambar bersama dengan pengacara Filem di 9, Raja Farah.


Jadi, pada anda semua, jangan lupa saksikan kami dalam rancangan Filem Di 9, yang bakal ditayangkan pada hari
Sabtu, 14 Februari 2009, jam 12:00 tghhari, hanya di TV9!


p/s: Jika terdapat perubahan jadual tayangan, pihak LCP akan maklumkan segera :)