Friday, January 30, 2009

Saksikan Upin & Ipin : Dan Kawan-Kawan

Kepada semua peminat setia Upin & Ipin jangan lupa menyaksikan siri baru Upin & Ipin yang bakal menemui peminat bermula pada bulan Februari ini. Episod kali ini akan menampilkan kisah hidup seharian Upin & Ipin bersama kawan-kawan mereka yang pasti mencuit hati. Jangan lupa tontoni gelagat mereka bermula 2 Februari 2009 hanya di TV9. Jumlah episod untuk bulan Februari adalah 6. Musim ini akan berterusan sepanjang tahun 2009.


Berikut ialah jadual tayangan siri Upin & Ipin:

Isnin : Episod 1 (7:30 malam)
Selasa : Episod 2 (7:30 malam)
Rabu : Episod 3 (7:30 malam)
Khamis : Episod 1 (Ulangan) (7:30 malam)
Jumaat : Episod 2 (Ulangan) (7:30 malam)
Sabtu : Episod 3 (Ulangan) (7:30 malam)
Ahad : Episod 1 + Episod 2 + Episod 3 (7.00mlm - 7:30 malam)

(episod yang lain akan mengikut konsep ini pada setiap minggu)

Sedikit screenshot dari siri baru ini:

Sila layari laman web Upin & Ipin untuk maklumat terkini atau anda boleh berbincang mengenai siri ini di forum kami.