Thursday, January 01, 2009

Selamat Tahun Baru 2009


Lebaran tahun 2009 bakal bermula dengan kemunculan GENG di pawagam pada 12 Februari 2009. Setelah hampir 2 tahun lebih berhempas-pulas menyiapkan GENG akhirnya pada tahun ini hasilnya akan dipaparkan kepada semua masyarakat Malaysia. Debaran menanti tayangannya dipawagam sudah pasti terasa dan apa yang kami harapkan ialah sambutan yang baik dari semua peminat.

Tahun ini Les' Copaque bukan sahaja mencaturkan GENG sebagai produk utama, malahan akan terus mengeluarkan animasi yang berkualiti tinggi dan setanding dengan animasi dari luar negara. Upin & Ipin siri baru sudah pasti bakal menjadi tayangan kepada peminat-peminat setia siri ini pada awal tahun 2009. Selain itu terdapat juga beberapa siri animasi baru yang masih dalam proses pembikinan. Animasi baru yang bakal ditayangkan pastinya animasi yang segar dengan idea dan jalan cerita yang menarik.

Banyak perancangan yang telah diatur sempena tahun baru ini. Diharapkan tahun ini Les' Copaque akan lebih berjaya dan mampu menerajui dunia animasi di Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa.

SELAMAT TAHUN BARU 2009!

posted by : Zarin