Bulan Februari ini merupakan bulan penantian bagi tayangan filem GENG di pawagam seluruh Malaysia. Laporan mengenai filem GENG di dalam majalah pada isu Februari kali ini merupakan salah satu bentuk sokongan yang diterima dari semua pihak media terutama sekali dari pihak majalah-majalah di bawah. Kepada semua peminat-peminat majalah berkaitan jangan lupa mendapatkan isu-isu ini dipasaran sekarang.

Ini merupakan isu majalah Utopia yang sudahpun berada dipasaran sejak 1 minggu lepas. Selain mengandungi maklumat mengenai filem GENG, pembaca juga berpeluang menangi hadiah eksklusif barangan GENG melalui peraduan yang disediakan.
Manakala wajah adik Fathiah pula telah mewarnai ruangan "Si Comel Pilihan" di dalam majalah Keluarga. Terima kasih kepada editor majalah Keluarga kerana telah sudi menulis dan menemuramah pelakon suara Upin & Ipin ini.
Akhir sekali ialah sambungan artikel mengenai proses animasi di dalam Majalah Pc. Isu kali ini menerangkan proses modelling yang patut diambil untuk menghasilkan sesebuah animasi. Jangan lupa dapatkan isu ini kerana para pembaca juga berpeluang memenangi hadiah menarik GENG.
