Friday, January 16, 2009

GENG di front cover GEMPAK

Kalau kebiasannya kita selalu melihat poster filem atau animasi dari luar negara yang menghiasi muka depan majalah GEMPAK tetapi pada kali ini filem animasi GENG pula yang berjaya menjadi cover muka depan isu terbaru GEMPAK. Pereka grafik untuk majalah GEMPAK ini telah mengadunkan rekaan poster GENG supaya nampak serasi dengan imej logo GEMPAK.


Cover muka depan majalah GEMPAK ini merupakan keluaran isu bulan 1 Februari 2009. Semua peminat GENG atau pun GEMPAK sudah boleh mula mendapatkan isu ini dipasaran kerana isu ini sudahpun keluar lebih awal.

Pada isu ini, selain dapat mengetahui maklumat mengenai filem GENG ini pembaca juga berpeluang memenangi hadiah ekslusif GENG melalui peraduan SMS yang disediakan. Pembaca juga diberikan kupon diskaun 15% ke atas barangan World Of Geng dengan menyertakan keratan kupon dan tiket wayang GENG semasa pembelian di World Of Geng.