Friday, February 19, 2010

Lawatan Sambil Belajar dari UPM

Sememangnya Les' Copaque tak lengang dari menerima lawatan khusus dari pelajar-pelajar dari IPTA mahupun IPTS tempatan. Baru-baru ini kami menerima kunjungan istimewa dari pelajar-pelajar tahun akhir UPM yang rata-ratanya mengambil bidang pendidikan. Dengan bertujuan sebagai memberi pendedahan ringkas sebelum mereka ini bekerja sebagai pendidik, lawatan hampir 2 jam ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka. Lebih 20 orang pelajar termasuk tenaga pengajar awal-awal pagi lagi telah menjejakkan kaki di lobi Les' Copaque. En Zarin selaku pegawai bertugas telah menyambut dan memberi penerangan serba ringkas mengenai aturcara lawatan pada hari tersebut.

Taklimat ringkas sebelum lawatan dijalankan

Suasana ketika di dalam studio rakaman

Kesemua pelajar-pelajar ini yang begitu bersemangat agak teruja dengan suasana kerja di sini dan masing-masing kagum dengan hasil kerja animators dan krew-krew yang lain. Dibawa melawat setiap department, pelajar-pelajar ini diterangkan mengenai proses asas animasi, rendering, muzik, efek, modelling dan juga rakaman suara. Walaupun mereka tidak belajar secara terperinci mengenai apa yang mereka lihat, tapi pendedahan sebegini amat berguna dan boleh diapplikasikan semasa mengajar nanti.

Teruja melihat cara krew LCP bekerja

Terhibur melihat cara Azfaren, komposer muzik
Upin & Ipin mencipta lagu

Walaupun hanya separuh hari di sini, tapi masing-masing pulang dengan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Diakhir sesi lawatan, semuanya dibawa ke U & I boutique yang baru sahaja berwajah baru. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada semua pelajar-pelajar kerana meluangkan masa bersama kami di sini. Diucapkan selamat maju jaya dengan karier yang bakal ditempohi selepas ini.

Aktiviti membeli belah di U & I Boutique
pasti tak dilepaskan

Bergambar kenangan