Thursday, February 11, 2010

KIDSCREEN SUMMIT 2010




Hi cucu Atok semua,

Sekarang Atok dan Opah berada di New York, Amerika, untuk menghadiri KidScreen Summit 2010. Summit ini lebih merupakan pertemuan antara Penyiar, Pembuat, Pengeluar, Pembeli dan mereka yang berminat untuk membiayai sesuatu show untuk kanak-kanak. KidScreen Summit ini berlainan sedikit dari MIPTV atau MIPCOM di Cannes. Disini lebih banyak dihadiri oleh mereka yang penting dalam organisasi yang terlibat kerana kebanyakan studio yang terbesar didunia terletak di Amerika dan Canada.
Opah sedang happy main snow. Sebenarnya terlalu sejuk, lepas tu terus
lari masuk selimut











Studio seperti Disney, Nickelodeon dan Cartoon for Kids semua nya hadhir dan senang untuk ditemui untuk membincangkan kemungkinan mereka membeli rancangan kita. Semalam Atok bersekempatan untuk mengadakan perbincangan dengan Divid T. Levine, VP, Worldwide Programming Strategy, Acquisition & Co-Production, Disney Channel Worldwide. Sungguh memberansangkan perbincangan itu kerana Geng dan Upin dan Ipin
Atok bergambar dihadapan New York yang diselaputi salju.





sangat terkenal di environment Disney sekarang, ' it is something hot now,man". Insyaalah, jika sekiranya ada rezeki, mungkin selepas April kita mengetahui sesuatu berita gembira dalam rangka membawa Upin dan Ipin keseluruh dunia.
Dua orang pegawai MDeC, Ismal dan Jojo yg telah banyak membantu menemukan dengan mereka yang berkenaan.




Semalam, New York juga telah diserang oleh ribut salji yang melanda seluruh Amerika Utara. Semua sekolah, pejabat, kedai dan seluruh urusan termasuk penerbengan tergendala. Ia bermula pada 2.00 pagi 10hb sehingga malam tadi. Semalam, semua tak keluar dari Hotel kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan waktu hanya dihabiskan untuk mengadakan pertemuan.

Atok: Hari ni nak jalan sikit kerana cuacanya agak bagus tapi masih sejuk..2 deg Cel. He..he...