Friday, February 12, 2010

U n I Boutique kini berwajah baru...!!!


Salam buat semua peminat-peminat...pada mereka-mereka yang pernah berkunjung ke kedai cenderamata kami, World Of Geng (WOG) pasti perasan akan perubahan yang berlaku. Ha... ni la yang nak diberitahu..WOG selepas ini akan dikenali sebagai UnI Boutique..perkhidmatan yang disediakan masih sama..

Uni Boutique

Perubahan yang dilakukan pada tahun baru ni, telah memperlihatkan keceriaan bahagian dalam dan luar kedai..sekaligus, pada pengunjung-pengunjung yang datang untuk membeli barangan original kami, mereka akan terasa macam dalam tadika je..lukisan-lukisan yang ada di dinding dilukis dan diwarnakan sendiri oleh staf-staf yang sememangnya berbakat...!!!

Hasil karya staf LCM...

Proses transformasi yang mengambil masa kurang dari 1 minggu ini, telah membuatkan semua staf terpaksa menutup hidung kerana tak tahan dengan bau cat. Operasi penjualan barangan pula telah dipindahkan ke Stadium Malawati sempena Karnival MPH yang turut disertai oleh Les Copaque. Secara keseluruhannya, semua staf sangat berpuas hati sebab sale dekat Karnival MPH boost, dan keceriaan dalam boutique semakin bertambah.

Apa-apa pun, jom kita tengok hasil kerja tangan staf-staf yang komited...

Tersusun kemas di dalam offer bin

Baju digantung rapi

Baju-baju yang digantung di dinding

Gantung lagi

Pillow...Pencil Case...



Tahniah LCM...!!!