Friday, February 19, 2010

Geng, Setahun Kemudian

Diam tak diam rupanya dah setahun Geng : Pengembaraan Bermula ditayangkan di pawagam tanah air. Memang sungguh seronok masa tu kerana sambutan yang diterima sangat diluar jangkaan. Pecah panggung dibuatnya. Semua Krew Les' Copaque juga pada masa tu sangat tidak lengang tangan dengan mengadakan promosi hampir setiap hari dimerata-rata tempat.Sempena genap setahun filem Geng ditayangkan pawagam, semua krew Les' Copaque dengan semangat berpasukannya mengadakan majlis makan bersama-sama. Masing-masing yang berpakaian Geng menghidupkan lagi suasana seperti ketika promosi Geng di pawagam dulu.

Setahun Geng di pawagam

Sesi memotong kek bersama-sama

Kek Geng yang sungguh sedap

Para seniors turut meraikan bersama-sama

Dengan berkonsepkan port luck banyak sungguh makanan yang berjaya dikumpulkan. Dari menu satey, nasi goreng, nasi ayam, pizza hinggalah ke kek. Memang meriah sungguh majlis ni walaupun ianya berkonsepkan sederhana. Seramai 70 orang krew telah meramaikan lobby LCP untuk majlis ini. Sambil makan, sambil masing-masing berkongsi pengalaman semasa menghasilkan Geng dulu. Memang nolstagia dan macam-macam pengalaman yang dikongsikan.

Salina, Afiq dan Fila enjoy makan

Sedap betul Nurul makan

Banyaknya pilihan makanan

Semasa makanpun sempat bergambar lagi

Antara wajah-wajah krew yang ceria

Diakhir majlis ini, sempat juga Usamah Zaid iaitu Pengarah Kreatif Les' Copaque memberi kata-kata semangat kepada semua krew senior termasuklah krew baru yang tidak sempat bersama-sama menghasilkan filem dulu. Pengalaman yang dikongsi sedikit sebanyak membakar semangat semua krew untuk bersama-sama menghasilkan filem ke 2 dalam tahun ini juga sekali gus menghasilkan sejarah tersendiri. Selain Zaid, hampir kesemua senior yang ada turut berkongsi pengalaman di dalam bidang masing-masing. Memang suasana meluahkan pengalaman sebegini jarang-jarang berlaku dan semua krew memanfaatkan semua pengalaman yang dikongsikan.

Zaid memulakan kata-kata aluan

Ida Rahayu berkongsi pengalamannya
semasa menghasilkan Geng


Nazmi tak sangka sambutan Geng sehebat begini

Azfaren, memulakan karier sebagai komposer muzik

Antara semua krew-krew yang beraikan
majlis Geng, Setahun Kemudian



Akhir kata, nantikan episod Upin & Ipin yang baru pada tahun ini kerana kami akan memastikan episod pada musim ini lebih menarik dan menghiburkan.