Thursday, February 11, 2010

Sergahan Upin dan Ipin di KMPP

salam buat semua peminat-peminat Upin dan Ipin...

Haa...nak tau tak ape aktiviti Upin dan Ipin pada hujung minggu yang lalu..?? Sebenarnyakan, Upin dan Ipin berada di utara tanahair,iaitu di Pulau Pinang. Lokasi sebenarnya adalah di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP),Kepala Batas.

Banner program

Kehadiran Upin dan Ipin adalah untuk memeriahkan lagi program Minggu ICT 2010 yang diadakan di kolej ini. Jualan barangan-barangan original Upin dan Ipin turut diadakan. Jangan jeles tau, booth Upin dan Ipin di atas pentas...Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Demonstrasi daripada Animator dan Render Artis Les Copaque juga turut diadakan. Ramai orang yang datang mengerumuni mereka untuk mengetahu macam mana sebenarnya animasi kegilaan ramai ini dihasilkan.

Juan sedang menerangkan bagaimana proses rendering dibuat

Bersemangat sungguh Ash

Khusyuk kan...

Event melibatkan Upin dan Ipin ini sehari je, jadi semua peminat tak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan bersama-sama maskot Upin dan Ipin. Peminat-peminat yang datang memenuhi dewan sangat teruja dengan kehadiran mereka. Kalah penyanyi popular. Bila diumumkan kemunculan maskot je, masing-masing menjerit-jerit. Dah macam konsert pulak.

Ramai sungguh peminat Upin da Ipin ni kan...

Upin..

Ipin malu-malu ke...

Apa-apa pun, Upin dan Ipin sangat gembira dapat datang buat pertama kalinya ke KMPP..harap-harapnya dapat kembali lagi ke sini..Jumpa lagi...!!!