Thursday, February 18, 2010

Kiosk Upin & Ipin di Alamanda

Wah! seronok betul adik-adik kita yang sempat berkunjung di Alamanda tempoh hari. Macam-macam yang dimain bersama dengan maskot Upin & Ipin di sana. Semuanya sempena pelancaran kiosk Upin & Ipin di Alamanda yang diadakan pada hari cuti wilayah tempoh hari. Kiosk di Alamanda yang mendapat sambutan hangat ini ,selaras dengan permintaan yang sangat tinggi dari peminat di Putrajaya. Aktiviti yang sungguh meriah ini diadakan di center court Alamanda. Dengan penampilan maskot Upin, Ipin dan Rajoo dan juga Mei Mei diselitkan pula pelbagai aktiviti menarik seperti permainan dan kuiz memang Alamanda pada hari tersebut ceria dan happening.

Maskot ketika aktiviti bersama peminat

Penampilan maskot Upin & Ipin dinanti orang ramai


Antara aktiviti yang mendapat perhatian orang ramai ialah pertandingan mewarna khas untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Memang sungguh kreatif dan berbakat adik-adik di Alamanda semua mewarna gambar Upin & Ipin. Hadiah diberikan berdasarkan pilihan warna yang betul dan daya kreativiti masing-masing. Namun yang tak menangpun, dapat hadih juga tu. Seronok sungguh.

Aktiviti pertandingan mewarna pun ada

Suasana ketika penyampaian hadiah oleh Pn Afiza

Kiosk di Alamanda ni terletak berhadapan dengan McDonald. Jadi selepas ni warga Putrajaya tak perlulah bersusah-susah untuk mendapatkan barangan Upin & Ipin. Kiosk di sini di buka setiap hari termasuklah cuti umum dan hari minggu. Pelbagai produk yang dijual di sini termasuklah baju, beg, alat tulis dan macam-macam lagi. Untuk pertanyaan lanjut silalah hubungi 03 - 5511 9905/ 03 - 5511 0012.

Upin & Ipin di Kiosk Alamanda

Kiosk turut menjual pelbagai barangan Upin & Ipin

Majalah Komik Upin & Ipin yang mendapat sambutan hangat