Saturday, February 13, 2010

Happy Chinese New Year!

Happy Chinese New Year! Itulah yang dilaungkan beramai-ramai pada beberapa hari sebelum bercuti panjang sempena CNY. Gembira dan teruja dengan perayaan ini, semua staff Les' Copaque telah berpakat memakai baju bewarna merah sekaligus sepadan dengan Theme Cloth day yang dibuat setiap hari Selasa. Tahun ni boleh tahan ramai juga yang menyambut CNY ni dan kami yang sentiasa menanam semangat 1 Malaysia sentiasa memeriahkan semua perayaan. Seperti kebiasaannya, limau sudah tentu tak putus-putus dihadiahkan ke office untuk santapan semua orang. Ok, mari kita tengok bagaimana agaknya suasana kami di sini memeriahkan pre-perayaan CNY tahun ini.

Razuri, Faiz dan Zaid banyak sangat makan limau

Wah, Adam dengan baju merahnya

Ida Rahayu masih mengekal imej
kucingnya walaupun berbaju merah

Salina, Yuki, Aien dan Fila dengan
gaya masing-masing

Yuki aka Mei Mei gembira dengan CNY tahun ini

Sudah tentulah aktiviti bergambar mengakhiri sesi kami pada hari tersebut. Namun pada kali ini, sempat juga diselitkan beberapa ucapan oleh staff LCP yang menyambut CNY. Antaranya ialah :

It's Tiger Year!. Semoga semua orang sihat-sihat dan cergas macam harimau! Dan berharap semua akan suka Upin & Ipin untuk tahun yang akan datang! , Yuki

I wish you all good health and good luck. Have a happy heart. Happy Chinese New Year!, Qian

Wish you all in good health and prosperity. Gong Hey Fatt Choy!, Keng Sun

In this new year I wish everyone good luck and have a good fortune. Always be with you, Kevin Tan

Kiki juga turut teruja. Asyik bangat ni.

Semua staff LCP mengucapkan Happy Chinese New Year!