Monday, July 13, 2009

Upin & Ipin di Suarasa Muar

Pertama sekali, Les' Copaque mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Muar yang telah bersama-sama memeriahkan Suarasa Muar yang telah dilangsungkan di Dataran Tanjung Mas, Muar tempoh hari. Sememangnya satu sambutan dan kehangatan yang berbeza terasa di Suarasa Muar. Pertama kali memperkenalkan produk terbaru iaitu plush toy Upin & Ipin di sini bukan sahaja mendapat sambutan luar biasa bahkan diluar jangkaan. Plush toys Upin & Ipin saja hampir kehabisan stok pada hari pertama lagi.

En Bukhari Che Muda (Ketua Pengarah Operasi TV9) sempat melawat booth kami dan melihat sendiri produk terbaru ini. Beliau amat gembira dengan plush toys ini dan mencadangkan untuk melebihkan lagi promosi.

En Bukhari Che Muda bersama En Faiz dan
En Ezuan bergambar bersama plush toys Upin & Ipin


Maskot Upin & Ipin ketika membuat
kemunculan di pentas bersama peminat


Ketika sesi jualan barangan Upin & Ipin

Selain dari itu, maskot Upin & Ipin sudah tentu merupakan salah satu tarikan di Suarasa. Maskot Upin & Ipin membuat beberapa kali kemunculan di pentas Adik di 9 bersama pengacara cilik iaitu Fimi dan Ain. Setiap kali kemunculan maskot Upin & Ipin pasti ditunggu-tunggu oleh peminat kecil walaupun di dalam keadaan hujan. Rata-rata peminat kecil mahupun dewasa, amat gembira dapat berjumpa dengan karakter kesukaan mereka. Selain itu, maskot Upin & Ipin juga sempat bersama-sama memeriahkan beberapa lintas langsung untuk TV9 dan memeriahkan beberapa booth seperti booth Celcom dan TV9 sendiri.

Penanda buku juga merupakan salah satu produk terbaru

Peminat bergambar bersama character stand Upin & Ipin

Upin & Ipin ketika crossover bersama personaliti TV9 yang lain

Peminat kecil yang memakai baju Upin & Ipin

Upin & Ipin ketika recording untuk Kawan di 9 (K9)

Terima kasih sekali lagi kepada warga Muar yang memberikan sokongan dengan membeli produk original Upin & Ipin. Terima kasih juga kepada semua kakitangan TV9 yang banyak membantu sepanjang Suarasa ini diadakan. InsyaAllah selepas ini destinasi Suarasa ialah di Ipoh, Perak.