Thursday, July 09, 2009

Laman web baru World Of Geng

Laman web World Of Geng telahpun diubah kepada layout versi baru yang lebih ceria dan menarik. Laman web tersebut boleh dilayari di http://www.worldofgeng.com. Pembelian secara online telahpun dibuka semula untuk kemudahan semua pelanggan.

Serentak dengan penukaran laman web baru ini, nama World Of Geng juga akan ditukar kepada "U & I" secara peringkat berperingkat. Diharapkan perubahan baru ini akan dapat memberikan imej yang lebih segar dan kami sedia menerima segala pendapat ataupun pandangan anda. Untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan barangan Upin & Ipin, sila emelkan kepada wog@lescopaque.com .

Related Posts with Thumbnails