Berita baik untuk warga utara lebih-lebih lagi kepada warga Kedah. Untuk pertama kalinya Les' Copaque akan naik ke utara untuk memeriahkan Festival Kedah Sejahtera. Kami akan memeriahkan festival ini bermula dari 24 sehingga 26 Julai 2009. Selain berpeluang mendapatkan barangan Upin & Ipin anda juga berpeluang untuk beramah mesra bersama maskot Upin & Ipin.Selain itu, pada 25 Julai 2009 pula, maskot Upin & Ipin akan berkunjung di USM, Pulau Pinang untuk memeriahkan karnival Heboh Buku. Acara ini selain dimeriahkan dengan kemunculan istimewa Upin & Ipin pengunjung juga berpeluang membeli patung Upin & Ipin dengan harga promosi.
Serentak dengan itu, iaitu bermula pada 24 hingga 26 Julai akan dilangsungkan Hari Pengguna Malaysia di Padang MPK 2, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sambutan Hari Penguna peringkat kebangsaan ini selain dimeriahkan dengan jualan barangan tempatan karnival ini juga akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik.