Nampaknya pertandingan Tiru Gaya Upin & Ipin baru sahaja tamat beberapa minggu yang lepas. Semua pemenang pun sudah diumumkan melalui laman web
http://www.upindanipin.com.my . Tahniah kepada yang menang dan yang tidak bernasib baik, janganlah kecewa kerana selepas ini kami akan mengadakan lebih banyak pertandingan seperti ini.
Pemenang dari tempat pertama hingga ke-tiga telah dijemput ke studio kami untuk menerima hadiah dan beramah mesra bersama warga kerja Les' Copaque. Gambar di bawah merupakan pemenang tempat ke-tiga. Adik yang berbaju pink inilah yang telah melakonkan watak Upin & Ipin. Untuk pengetahuan umum,
video tersebut telah dirakam hampir 2 tahun lepas. Jadi, muka adik ini sekarang dah berbeza sikit jika dibandingkan dengan video penyertaannya.


Setiap pemenang diberi peluang uji bakat untuk produksi animasi akan datang. Begitu semangat adik ini mencuba suaranya.
Tempat ke-dua pula dimenangi oleh penghantar
video bernama Wan Azmin. Namun begitu, beliau tidak dapat datang ke studio kami kerana beliau menetap di Perak. Hadiahnya, kami akan pos terus ke rumah.
Di bawah ini pula ialah Juara pertandingan Tiru Gaya Upin & Ipin. Kedua-dua adik-beradik ini, juga diberi peluang untuk diuji bakat pada hari tersebut.
Video lakonan mereka telah diundi sebagai pemenang selepas 3 minggu diletakkan di laman web upin dan ipin.


Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakan sehingga pihak kami ada menerima penyertaan dari Singapura dan Qatar. Sehinggalah pada saat akhir tarikh tutup penyertaan juga masih ada yang ingin menghantar video rakaman mereka.
Terima kasih kepada semua yang menyertai dan terlibat dalam pertandingan ini.