13 December 2008 yang lalu telah genap 3 tahun Les' Copaque Production ditubuhkan dan semua warga Les' Copaque meraikan hari yang menggembirakan ini bersama-sama. Bermula hanya dari 3 orang sehingga sekarang Les' Copaque sudah mencecah hampir 60 orang pekerja. Hari kelahiran Les' Copaque ini amat dihargai oleh semua warga kerja Les' Copaque lebih-lebih lagi yang pernah menyambutnya dari tahun pertama lagi.
Di bawah ini ialah antara kek yang disediakan pada hari tersebut. Antaranya ialah kek khas yang mempunyai gambar katak (Si Polan) di atasnya. Oleh kerana ini ialah sambutan kali ke 3, jadi jumlah kek yang disediakan pun ada 3 dan secara kebetulan diraikan pada 2 hari yang berasingan.

Bayangkan pada 2 tahun lepas, Les' Copaque hanya mempunyai sebuah papan tanda yang kecil dan pada masa itu studio kami berada di atas sebuah poliklinik. Tetapi sekarang, Les' Copaque mempunyai bangunannya sendiri, signboard katak yang besar, restoran sendiri dan kedai cenderamata sendiri (World of Geng).