Pada 4hb Disember 2008 (Khamis) lepas, kami menerima lawatan dari KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Seramai 27 orang pelajar yang terlibat dalam lawatan kali ini, mereka tiba seawal jam 10 pagi di hadapan pejabat kami. Saf dan Nell telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan lawatan kali ini.

Seperti biasa, mereka didedahkan terlebih dahulu sedikit sebanyak tentang latarbelakang syarikat dan penerangan mengenai bagaimana animasi dihasilkan di sini. Tayangan video pendek seperti PSA, Geng the Musical, dan proses animasi juga turut disajikan untuk para pengunjung.

Kemudian, mereka semua dibawa ke bahagian produksi. Disini, mereka berpeluang melihat bagaimana produksi seperti Geng dan Upin & Ipin dihasilkan. Beberapa staff Les' Copaque memberi penerangan yang lebih mendalam mengenai tugasan masing-masing.

Terakhir sekali, mereka semua dibawa ke World of Geng untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang.