Pada 5-7 Disember 2008, buat pertama kalinya warga Melaka dikunjungi oleh Upin & Ipin di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sempena Melaka International Tourism Show (MITS '08). Acara yang pertama kalinya diadakan ini, telah menarik minat ramai warga Melaka untuk memeriahkan acara yang berlangsung selama 3 hari ini.

Watak Upin & Ipin memenuhi disetiap sudut MITC samada melalui poster, banner, backdrop sehinggalah kepada pelekat kereta.

Acara ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka ,YAB Datuk Hj. Mohd Ali b. Hj Mohd Rustam.

Sambutan dari peminat di Melaka adalah diluar jangkaan. Ruang pentas di MITC dibanjiri oleh peminat kecil yang tidak sabar untuk berjumpa dengan pelakon suara Kak Ros dan Fizi. Rata-rata adik-adik ini sangatlah meminati Upin & Ipin sehingga ramai yang mengerumuni maskot Upin & Ipin pada sesi penampilan maskot.

Pentas dipenuhi oleh peminat Upin & Ipin semasa sesi bergambar. Ramai yang tidak mahu terlepas peluang untuk melihat secara dekat maskot Upin & Ipin ini.

Pada hari tersebut juga telah diadakan pertandingan mewarna dan kuiz bersama Kak Ros. Jumlah penyertaan yang amat luar biasa semasa pertandingan mewarna sehingga terdapat beberapa peminat kecil yang tidak dapat menyertai kerana jumlah penyertaan yang terlalu ramai.

Inilah adik yang telah memenangi pertandingan mewarna.

Ramai peminat-peminat kecil juga yang berpakaian seperti Upin & Ipin termasuklah baby Ielham.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjayakan acara ini dengan cemerlang dan terima kasih kepada semua peminat yang hadir pada hari tersebut. Kepada semua peminat Upin & Ipin jangan lupa saksikan GENG di pawagam pada 12/02/2009.