Friday, December 05, 2008

Upin & Ipin berada di Melaka!






Ya, seperti tertera di tajuk, team Les'Copaque Production kini berada di Melaka ! Jadi, kepada peminat-peminat Upin & Ipin, temui mereka di "Melaka International Tourism Show 2008, di MITC Ayer Keroh, bermula pada hari ini, Jumaat (5 Disember 2008) hingga Ahad (7 Disember 2008), jam 10 pagi - 10 mlm.





Kali ini, Les'Copaque Production menjadi penganjur bersama bagi event tersebut. Jadi pelbagai aktiviti-aktiviti menarik akan diadakan, terutama sekali untuk kanak-kanak, seperti pertandingan mewarna, Kuiz Upin & Ipin bersama Kak Ros dan lain-lain lagi.

Pada mereka yang ingin mengetahui bagaimanakah kartun 3D animasi Upin & Ipin dilakukan jangan lupa singgah ke tapak pameran kami.

Dan jangan lupa untuk dapatkan juga barangan Upin & Ipin di sana, Ok!


Sooooo, see you there!!


p/s: Bagi pihak Les' Copaque Production Sdn Bhd, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti!. Berhati-hati di jalanraya! :)