Pada isu bulan Januari 2009 terdapat 3 majalah keluaran KarangKraf yang mengandungi artikel mengenai Les' Copaque Production. Antaranya ialah majalah komik G3 yang telah menulis mengenai lawatan mereka ke Les' Copaque beberapa minggu yang lalu. Selain itu, G3 juga ada menulis mengenai Upin & Ipin serta animasi GENG yang bakal ditayangkan di pawagam kelak.
Manakala Majalah PC pula telah mengeluarkan hampir 8 muka surat mengenai Les' Copaque dan Geng. Terdapat juga artikel mengenai bagaimana animasi Upin & Ipin dihasilkan dari peringkat awal hinggalah kepada peringkat akhir. Pada isu ini juga Majalah PC telah menganjurkan pertandingan dengan menawarkan set DVD Upin & Ipin sebagai hadiah.

Tidak lupa juga, majalah KLIK yang telah memaparkan laman web Upin & Ipin sebagai salah sebuah laman web yang menarik untuk dilawati.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua editor majalah-majalah tersebut iaitu En. Jalal (Majalah PC), Apai (G3) dan Roselinda (KLIK) kerana telah sudi menulis mengenai kami. Pastinya selepas ini akan lebih banyak artikel mahupun berita menarik yang akan ditulis untuk majalah-majalah ini. Jadi jangan lupa dapatkan majalah-majalah ini dipasaran untuk membaca dengan lebih lanjut.