Tuesday, October 19, 2010

Undi Upin & Ipin di Shout! Awards

Nampaknya buat kali ke 2, Upin & Ipin telah terpilih untuk bertanding di SHOUT! Awards. Kalau semua peminat masih ingat, pada tahun lepas Upin & Ipin telah memenangi SHOUT! Awards bagi kategori Best On Screen Chemistry. Pada tahun ini pasti acara SHOUT! Awards akan lebih meriah dan menarik. Bagi semua peminat setia Upin & Ipin, jangan lupa untuk mengundi Upin & Ipin untuk SHOUT! Awards tahun ini kerana pada tahun ini Upin & Ipin akan bertanding untuk 2 kategori. Wah! tak sabar nak menanti malam anugerah.


Laman web www.shoutawards.com.my

Upin & Ipin dicalonkan bagi anugerah Best On Screen Chemistry untuk siri animasi Upin & Ipin di TV9 manakala satu lagi pencalonan ialah untuk filem Geng : Pengembaraan Bermula yang dicalonkan bagi anugerah Breakthough Feature Award. Untuk mengundi pertama sekali anda perlulah melayari laman web http://www.shoutawards.com.my untuk melihat kategori yang dicalonkan. Pengundian boleh dibuat melalui SMS ataupun secara online. Untuk mengundi secara online, anda perlulah mendaftar secara percuma di laman web www.8tv.com.my terlebih dahulu. Selepas sahaja perdaftaran, barulah anda boleh klik butang "Vote Online" yang telah disediakan di laman web SHOUT! Award.


Daftar di laman web www.8tv.com.my
untuk mengundi secara online

Senarai kategori dan cara mengundi
di laman web SHOUT! Awards



Undi untuk Upin & Ipin