Wednesday, October 20, 2010

Ujibakat Kelab Upin & Ipin sesi ke 2 dipenuhi bakat baru (Bahagian 2)

Bersambung ke bahagian ke 2 kali ini bersempena suasana ujibakat Kelab Upin & Ipin sesi ke 2. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, begitu ramai sekali adik-adik kecil yang berbakat turut mencuba nasib. Dari awal pagi hinggalah ke petang, para juri dan pegawai bertugas memang tidak lengang tangan dibuatnya. Bahagian ke 2 kali ini kita akan melihat secara dekat wajah adik-adik kita yang datang semasa sesi ujibakat tempoh hari. Diharapkan kesemua adik-adik ini mempunyai peluang untuk ke bahagian seterusnya.

Nazrul, selaku ketua juri sedang menilai
Peserta bernombor 128 ini
berbakat di dalam bidang tarian


Tergelak peserta bernombor 90
apabila ditanya oleh juri

Adik ni nampaknya macam
tengah gementar menunggu giliran


Budi (Pengurus Besar, LC Merchandising) dan
Faiz (Branding TV9) turut melihat adik-adik diujibakat


Adik comel bertudung
tidak sabar menanti giliran
Begitu bersemangat peserta bernombor 168

Peserta bernombor 156 ada
gaya penyanyilah


Bergaya bersama patung Upin & Ipin

Zaril, jurukamera ke 2 yang
bertungkus lumus bertugas

Eh, adik ni pun nak masuk ujibakat juga ke?

Wah, cantiknya baju dia
Pandailah adik ini bergaya,
ada gaya pengacara

Peserta bernombor 105 dengan
gayanya yang tersendiri


Macam mana? Pasti semua peminat Upin & Ipin sudah tidak sabar nak menantikan siapakah yang terpilih dan bagaimanakah agaknya rancangan Kelab Upin & Ipin ini. Kalau nak tahu, kenalah nantikan perkembangan terkini melalui laman web Upin & Ipin.