Tuesday, October 26, 2010

Mari undi Upin & Ipin di SHOUT! Awards secara online

Nampaknya debaran Upin & Ipin di SHOUT! Awards 2010 semakin terasa. Kali ini, peminat setia Upin & Ipin bukan saja boleh menghantar undi melalui SMS, namun boleh juga menghantar undian secara online. Caranya amat mudah. Hanya perlu mendaftar secara percuma di mana-mana laman wen Media Prima seperti TV3, TV9, 8TV, NTV7, Tonton dan Gua.com.my. Kemudian anda sudah boleh mengundi melalui laman web Shout Awards untuk Upin & Ipin bagi kategori Best On Screen Chemistry Award dan filem Geng bagi kategori Breakthough Feature Award.

Terima kasih kerana mengundi dan nantikan Upin & Ipin di malam anugerah SHOUT! Awards pada 20 Nov 2010 di Stadium Bukit Jalil.