Monday, October 04, 2010

Malam Raya bersama Les' Copaque

Seronoknya apabila dapat berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan di dalam satu majlis hari raya yang sungguh meriah. Apatah lagi, apabila majlis hari raya tersebut diadakan pada malam hari dan ianya dihiasi dengan lampu-lampu raya. Itulah yang telah dilakukan pada majlis Malam Raya bersama Les' Copaque beberapa minggu yang lepas. Lebih 500 tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini termasuklah ahli keluarga, rakan-rakan media dan penaja. Kemeriahan malam raya ini bermula sejak petang lagi dan kesemua warga kerja Les' Copaque bersama-sama menganjurkan majlis dengan jayanya.

Lampu dan pelita raya
menghiasi persekitaran


Aliya, Ah Wei dan Ida
bersemangat sebelum bermula majlis

Adam dengan songkok tinggi
yang dipinjamnya


Kak Izan sekeluarga memeriahkan
majlis Malam Raya


Setiba sahaja diperkarangan Les' Production, para tetamu sudah boleh mula menyaksikan kemeriahan malam raya dengan berkumandangnya lagu raya dan pelita yang menghiasi kawasan sekeliling. Selain jamuan raya seperti lemang dan ketupat yang terhidang untuk para tetamu, majlis ini juga dimeriahkan oleh penampilan pelakon suara seperti Kak Ros, Upin & Ipin serta kemunculan maskot Upin & Ipin berbaju melayu. Rata-rata rakan-rakan niaga dan penaja yang sebelum ini tidak berkesempatan bergambar bersama maskot turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar.


Sesi bermain bunga api turut menjadi
sebahagian dari aturcara


Ramainya tetamu
Zaid semasa ditemuramah
wartawan dari Astro


Pada malam tersebut juga, yang menariknya sesi bermain bunga api bersama Kak Ros. Wah, tak sangka rupanya Kak Ros ni suka dan sangat teruja ketika bermain bunga api. Nampaknya, Kak Ros yang banyak main bunga api lebih dari adik-adik. Selain bermain bunga api bersama, Kak Ros jugalah yang mengedarkan bunga api ni kepada adik-adik sambil dibantu oleh cikgu Jasmin.
Nasib baik Opah tak perasan masa adik-adik ni main bunga api. Tapi, apa-apapun sesi bunga api ini sangat menyeronokkan selagi kita bermain dengan tertib dan tidak membahayakan.

Seronok Hj Burhanuddin bersama
Hjh Ainon memotong kek hari raya
Yuki, Aen dan Fila begitu gembira

Kak Ros mengedarkan
bunga api kepada adik-adik

Kak Ros rupanya yang ada banyak bunga api

Band Haris & the Pembaris turut
membuat persembahan
Penampilan istimewa ahli baru
turut menyumbangkan lagu

Pada kemuncak Malam Raya itu pula, kumpulan Haris and the Pembaris membuat persembahan dengan 2 buah lagu istimewa khusus buat tetamu pada malam tersebut. Persembahan sebuah lagu raya dan sebuah lagi lagu Wali Band sungguh mengamit dan menghiburkan para tetamu. Secara keseluruhannya, majlis ini memang sungguh meriah lebih-lebih lagi apabila dapat beraya bersama-sama. Terima kasih kepada yang telah hadir dan mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan.