Monday, October 18, 2010

Majlis Hari Raya bersama Kelab Upin & Ipin meriah!

Siapa yang tak datang ke Majlis Hari Raya Kelab Upin & Ipin Sabtu lepas? Hmm... Rugi, rugi... Banyak aktiviti menarik yang adik-adik terlepas tau. Bertempat di perkarangan pejabat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd, majlis bermula pada jam dua petang ini mula dipenuhi seawal jam 10 pagi lagi. Kebanyakkan mereka hadir awal untuk menyertai sesi ujibakat pencarian pengacara Kelab Ipin & Ipin yang diadakan pada hari yang sama.

Adam selaku pengacara sedang
berceloteh bersama "Ehsan"


Haris, Shafiq dan Zaid lengkap
berpakaian raya


Suasana di kaunter pendaftaran

Tn Hj Burhanuddin, Pengarah Urusan Les' Copaque
memberi ucapan pembukaan


Penampilan istimewa maskot
Upin & Ipin juga berbaju melayu


Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan pengarah urusan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. iaitu Tuan Haji Burhanuddin. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya adalah aktiviti permainan, penampilan khas maskot Upin, Ipin, Ehsan serta Mail secara bergilir-gilir, penampilan pelakon suara dan macam-macam lagi. Sepanjang majlis ini dijalankan, respon dari tetamu sangat positif. Aktif sungguh adik-adik kita ni. Semuanya sangat sporting dan tidak segan untuk tampil ke pentas. Memang meriahlah majlis tersebut. Tambahan pula, cuaca sangat menyebelahi kami walaupun pada waktu pagi itu, hujan renyai-renyai.

Bersemangat meniup belon

Wah, ramainya orang ingin melihat maskot

Sarah, menemubual salah seorang peminat kecil

Maskot Mail sedang dikerumuni peminat
Salah satu aktiviti yang diadakan.
Ramai betul adik-adik yang turut serta

Danial dan Danish juga turut bergambar

Pada tahun ini, penaja bersama siri Upin & Ipin – Wyeth turut hadir bagi memeriahkan majlis. Setiap tetamu yang hadir berpeluang merasai susu S-26 Wyeth dan mendapat goodie bag dari mereka. Kaunter pendaftaran paling sibuk kerana melayan tetamu yang datang mendaftar diri. Walaupun penat berkerja seharian, namun kami di Les’ Copaque sangat gembira dan seronok kerana dapat melayan karenah adik-adik semua. Pihak Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke majlis kali ini. Kami memohon maaf andai terdapat kekurangan dan kesulitan yang berlaku sepanjang majlis berlangsung.

Yang ini pula merupakan sesi tarian poco-poco

Mail bergambar bersama peminat

Sesi bergambar bersama warga
kerja Les' Copaque Production

Harap anda semua tidak serik untuk menyertai lagi majlis-majlis yang akan kami anjurkan pada masa akan datang. Jika terdapat sebarang cadangan atau komen, anda bolehlah emailkan ke laman web rasmi kami iaitu kelabupindanipin@lescopaque.com.