Thursday, October 21, 2010

Rakaman Promo Kelab Upin & Ipin di Melaka Wonderland


Ini merupakan berita gembira buat semua peminat setia Upin & Ipin khususnya yang telah menjadi ahli Kelab Upin & Ipin. Pada hujung tahun ini iaitu dari 4 hingga 7 Disember 2010, semua peminat Upin & Ipin akan diraikan di Melaka Wonderland sempena hari Kelab Upin & Ipin. Melaka Wonderland ini sebenarnya terletak berdekatan sahaja dengan tol Air Keroh. Nampaknya kali ini peminat boleh bermain air bersama Upin & Ipin. Pada beberapa minggu yang lalu rakaman video promo untuk acara ini telahpun dilakukan. Baru sesi rakaman sahaja sudah terasa begitu seronok berada di Melaka Wonderland.


Maskot Upin & Ipin dan maskot
Melaka Wonderland


Kesemua maskot bergambar ditepi air
Eh, Mail menari pula
dengan maskot Melaka Wonderland


Comelnya maskot anak dinosaur ini


Di Melaka Wonderland sendiri sudah mempunyai beberapa maskot mereka tersendiri yang terdiri daripada watak dinosaur. Apabila maskot Upin & Ipin bersama Mei Mei dan Mail digabungkan bersama maskot Melaka Wonderland memang menjadi sungguh meriah dan bewarna-warni. Sesi rakaman yang dimulakan seawal pukul 9 pagi ini akhirnya selesai sekitar pukul 5 petang. Sempat juga Upin & Ipin bermain kesemua permainan yang disediakan di sini.
Mail nak pergi mandi air ke ni?

Mei Mei pun nak mandi juga ke?

Kalau nak tahu bagaimana agaknya rupa video promo Kelab Upin & Ipin di Melaka Wonderland ini, jangan lupa untuk menontonnya di TV9 nanti. Sementara itu, sekiranya inginkan maklumat lanjut mengenai acara ini silalah layari laman web www.melakawonderland.com.my ataupun www.upindanipin.com.my