Selalunya Upin & Ipin memeriahkan program Nasi Lemak Kopi O di karnival Suarasa, tetapi kali ini Upin & Ipin bersama pelakon suara barunya turut dijemput untuk memeriahkan program tersebut. Bersempena episod baru yang bakal ditayangkan pada bulan Jun nanti, adik Asyiela Putri iaitu pelakon suara baru watak Upin & Ipin sambil ditemani oleh Muhammad Hasrul iaitu pelakon suara bagi watak Mail dan Usamah Zaid iaitu Pengarah Kreatif Les' Copaque Production turun mempromosikan musim baru ini.
Memang meriah Studio B di Sri Pentas ini apabila rata-rata penonton tidak menyangka akan berjumpa dengan pelakon suara bagi watak animasi pujaan ramai ini. Upin & Ipin episod baru yang bakal membawa kelainan dengan memaparkan episod berkisar dengan bola sepak bersesuaian dengan "demam piala dunia" yang bakal berlangsung nanti. Zaid menerangkan lagi bahawa pada musim ini sahaja, TV9 dan TPI bakal menyajikan 42 episod baru yang akan membawa isu-isu semasa sebagai tatapan peminat setia Upin & Ipin.
Hasrul dengan ayat Mail 2 SinggitnyaAdik Hasrul dan Syiela juga sangat teruja kerana inilah pertama kali mereka ditampilkan di dalam program siarang langsung sebegini. Dengan harapan yang tinggi, pasti ramai peminat setia Upin & Ipin ingin melihat sendiri bagaimana adik Syiela memegang watak Upin & Ipin bagi musim baru ini. Ayat trademark Mail iaitu 2 Singgit, 2 Singgit berulang kali diucapkan oleh Hasrol dan sering mendapat tepukan dari penonton di studio.
Ketika sesi siaran langsung dijalankanRibuan terima kasih kepada tenaga kerja Nasi Lemak Kopi O TV9 terutama sekali Kak Wan dan Kim kerana bekerja keras menjayakan program ini. Jangan ketinggalan untuk mengikuti promosi Upin & Ipin musim baru di dalam rancangan yang lain.




