Salam semua...ha..kali ini, Upin dan Ipin berada di Paya Jaras pula sempena program Temasya Sukan Rumah Kasih Harmoni (RKH). Temasya sukan yang diadakan ini sebenarnya diadakan untuk anak-anak RKH. Pelbagai acara diadakan sepanjang hari temasya ini berlangsung. Antaranya lari ikat kaki, terompah gergasi dan bermacam-macam lagi. Upin dan Ipin juga turut sama memeriahkan majlis dengan bersama-sama peserta menyertai acara yang disediakan.Selain daripada itu juga, Les' Copaque juga turut menghantar penyertaan untuk acara tarik tali. Disebabkan kekurangan latihan, pasukan Les Copaque tewas di tangan pasukan Paya Jaras dengan mata 2-0. Namun itu tidak melemahkan semangat pasukan tarik tali Les Copaque. Sekarang ini, mereka telahpun melakukan latihan intensif untuk menghadapi kejohanan yang akan datang.
Kehadiran Upin dan Ipin sememangnya dinanti-nantikan oleh warga Paya Jaras. Ramai juga yang hadir ke padang untuk bergambar bersama-sama Upin dan Ipin. Jualan barangan pula diwakili oleh Kak June salah seorang sahabat niaga yang aktif di Lembah Klang.
Di akhir acara, semua penghuni RKH berpeluang untuk bergambar dengan Upin dan Ipin. Seronok adik-adik RKH dapat berjumpa dengan Upin dan Ipin. Upin dan Ipin mendoakan adik-adik di RKH berjaya dalam pelajaran. Jumpa lagi yea..!!



