Pada 30hb April 2010, Awal dan krew rancangan Teh Tarik TV3 telah datang kerumah Atok untuk menemu ramah Atok dan Opah bagi rancangan Teh Tarik yang disiarkan di TV3. Temu ramah tersebut banyak berkisar kepada macam-mana kami mengilhamkan idea untuk menghasilkan cerita bagi siri Upin dan Ipin. Selain dari itu, Awal banyak bertanya kepada Opah tentang barang-barang koleksi Opah. Barang-barang koleksi Opah ini banyak yang unik kerana kebanyakannya dibeli ketika kami melawat keluar negara.
Atok sedang menerangkan kepada Awal tentang keistimewaan meja bulat tersebut. Meja tersebut dibuat dari batu marmar (Marble) yang kami beli dari Agra, India. Taj Mahal yang terkenal itu berada dibandar ini dan permukaan meja ini adalah seperti yang terdapat pada dinding Taj Mahal tersebut. Bunga yang berwarna-warni itu sebenarnya adalah diperbuat dari batu berharga seperti saphire, diamond dan sebagainya. Ia diperbuat oleh tukang yang didatangkan dari Iran dan keturunan mereka bermastautin di India dan mengamalkan kemahiran tersebut. Batu berharga tersebut akan diasah dan dibentuk untuk menjadi bunga dan satu lagi keturunan akan mengorek permukaan meja dan menanam batu tersebut.
