Thursday, May 06, 2010

Jumpa Upin & Ipin di Suarasa Johor

Wah! Berita baik untuk peminat setia Upin & Ipin kerana maskot Upin & Ipin akan berada di Johor pada 15 & 16 Mei ini untuk Karnival Suarasa TV9. Dengar kata, kali ini maskot Mei Mei juga akan turut memeriahkan karnival ni. Selain tu, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, kuiz serta jualan barangan Upin & Ipin dengan harga promosi.


Karnival Suarasa ini yang akan dilangsungkan di Plaza Angsana ini akan memulakan aktiviti seawal 9 pagi. Jangan lepaskan peluang ini dan datanglah beramai-ramai. Memang rugi kalau tak pergi.