Program yang diadakan di International Convention Centre Bandar seri Begawan Brunei ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada warga Brunei tentang produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat di Malaysia.
International Convention Centre
Ruangan dalam di Convention Centre..cantik kan..??Selain Upin dan Ipin, penyanyi Hazami dan Eric Leong juga turut dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini.

Acara yang diadakan selama 3 hari ini berjaya menarik ribuan peminat Upin dan Ipin di Brunei. Setiap kali kemunculan maskot Upin dan Ipin, dewan pasti akan dipenuhi dengan peminat-peminat yang datang dari seluruh daerah di Brunei. Malah ada juga peminat yang datang dari Miri, Sarawak semata-mata untuk bertemu dengan Upin dan Ipin. Upin dan Ipin juga tidak mengecewakan semua peminat. Banyak hadiah telah diberikan kepada peminat-peminat yang bertuah. Sememangnya kehadiran Upin dan Ipin sedikit sebanyak telah mengubat kerinduan warga Brunei.
Ramaikan crowd..???
Ramaikan crowd..???Upin dan Ipin sangat berharap agar mereka dapat kembali lagi ke Brunei untuk bertemu lagi dengan peminat mereka..Jumpa lagi yea...!!!


