Saturday, April 17, 2010

Upin & Ipin Pesta Buku Antarabangsa KL

Seronoknya melihat ramai pengunjung berpusu-pusu membanjiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah diadakan di PWTC baru-baru ini. Anjuran kali ke 29 ini, memperlihatkan lebih banyak buku dan booth dibuka dan sekali gus membuka peluang untuk ulat buku mendapatkan koleksi buku dengan harga murah. Upin & Ipin juga buat kali pertama memeriahkan Pesta Buku ini dengan mempromosikan Majalah Komik Upin & Ipin yang baru saja masuk ke isu 4.

Begitu ramai pengunjung di Pesta Buku
Pelbagai jenis buku turut dijual


Selain dari majalah komik, sudah tentulah penampilan maskot Upin & Ipin menjadi tumpuan orang ramai. Dengan kehadiran pengunjung yang begitu ramai, kemunculan maskot Upin & Ipin ditengah-tengah tapak acara sememangnya sukar dikawal. Kebanyakan dari pengunjung amat tidak menyangka dapat berjumpa dengan maskot kesayangan mereka. Mereka mengambil peluang ini untuk bersalaman dan bergambar dengan kedua-dua maskot. Maskot Upin & Ipin yang dibawa mengelilingi seluruh tapak pesta buku turut mendapat sambutan dari ramai pengunjung terdiri dari pelbagai bangsa dan usia.

Upin & Ipin menceriakan Pesta Buku

Upin & Ipin bersama kakitangan PTS

Aktiviti bergambar bersama peminat

Cuba lihat adik kecil di bawah ini. Sungguh comel bergambar bersama dengan Majalah Komik Upin & Ipin isu ke 3. Beginilah aksi peminat Upin & Ipin yang setia membeli barangan Upin & Ipin termasuk majalah komik ini. Di Pesta Buku ini juga, krew TV9 iaitu untuk rancangan CHOPP! juga turut membuat liputan mengenai acara ini. Antara yang membuat penampilan ialah Irma Hasmie dan Shafiq.
Adik kecil yang mempromosikan
Majalah Komik


Krew Chopp! TV9 juga membuat liputan

Puan Afiza, Pegawai Pemasaran
juga membeli Majalah Komik

Booth Upin & Ipin juga tidak putus-putus dengan kunjungan peminat yang ingin mendapatkan barangan cenderamata untuk kenang-kenangan. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianjurkan lebih kurang 10 hari ini sememangnya berjaya kerana dapat mengumpulkan pelbagai jenis buku dengan jumlah pengunjung yang begitu ramai. Semoga adik-adik dapat menanamkan semangat membaca dan semoga berjumpa lagi di acara yang lain pula.