Memamg meriah dan terkejut warga kerja Utusan Malaysia dengan kunjungan maskot Upin & Ipin bersama kakitangan TV9 tempoh hari. Semuanya adalah sempenan sambutan ulang tahun ke 4 TV9 yang turut diraikan bersama rakan-rakan media dari Utusan. Tidak datang dengan tangan kosong, rombongan TV9 hadir dengan kek pulut kuning serta cupcake bermacam warna dan rupa.
Cupcake pelbagai rupa dan warnaSempat juga Upin & Ipin dibawa melawat dan beramah mesra bersama semua kakitangan Utusan. Kebanyakan dari mereka yang sibuk sedang bekerja tiba-tiba terasa amat teruja untuk bergambar bersama dengan maskot Upin & Ipin. Pada petang harinya pula, rombongan ini diteruskan ke Utusan Karya pula yang menerbitkan pelbagai jenis majalah seperti Kawan, Mangga dan macam-macam lagi.
bergambar bersama Upin & Ipin
Terima kasih kepada semua warga kerja Utusan khususnya para wartawan kerana memberi sokongan selama ini. InsyaAllah Upin & Ipin akan melawat lagi pada masa akan datang. Nantikan video Upin & Ipin TV untuk melihat sendiri bagaimana suasana ketika lawatan di sana.




