Nampak segak dan tampan bersama pasangan hati yang nampak cantik dan ayu. Kedua mempelai dipayungkan di bawah panas terik menuju ke jinjang pelamin. Syukur dan tahniah kepada Hakim iaitu keluarga baru Les' Copaque Production kerana telah menjadi Raja Sehari baru-baru ini. Kenduri perkahwinan yang diadakan di Galeri Shah Alam ini sungguh meriah dengan bertemakan warna ungu. Kakitangan LCP sendiri sudah tentu turun padang untuk memberi sokongan dan melihat sendiri kemeriahan majlis persandingan pereka laman web kami.
Rata-rata kakitangan LCP juga tak kurang terujanya untuk menghadiri majlisi ini, lebih-lebih lagi tahun ini juga ramai kakitangan LCP yang akan berumah tangga. Syukurlah kepada bakal-bakal pengantin yang lain kerana akan menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini. Apa-apa pun kami warga LCP sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Hakim dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Selain berkongsi kemeriahan, kesempatan untuk menjamu nasi minyak sudah tentu tidak dilepaskan.
InsyaAllah kita akan ke kenduri kahwin yang lain pula dalam tahun ini dan terima kasih kepada yang turut memeriahkan majlis perkahwinan ini. Kepada kakitangan LCP yang masih belum berpunya tu, janganlah lambat sangat cari pasangan.






