Wednesday, April 07, 2010

Staff baru 2010 (Bahagian 3)

Nampaknya ini merupakan bahagian terakhir di dalam memperkenalkan staff baru 2010. Memang wajah-wajah baru ini kesemuanya begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh di dalam menjalankan tugas masing-masing. Terdapat juga department baru yang diwujudkan demi memantapkan lagi rutin kerja LCP.



IT Department

IT merupakan department baru yang diwujudkan memandangkan terlalu banyak perkara berkaitan dengan IT yang perlu diuruskan. Dari pengelenggaraan komputer hinggalah kepada perisian semuanya diuruskan oleh pegawai IT yang baru iaitu Hafiz. Hafiz yang berperwatakan ceria menggemari Transformer dan sangat gemar bercakap. Mempunyai pengalaman sebagai cikgu Hafiz sering kali membantu semasa proses lawatan pelajar ke LCP.

Rendering Department

Adadya dan Is merupakan dua wajah baru di dalam rendering department. Walaupun tugas rutin render artis yang me"warna" namun Adadya pula gemar menyanyi. Belajar dari UTeM, Adadya sebenarnya mempunyai ramai kawan di sini yang juga merupakan graduan UTeM.

Music/Audio Department

Music deparment pula diceriakan dengan kemasukkan Aran sebagai music composer yang baru. Sedang dilatih di bawah Azfaren, Aran dilihat mempunyai bakat serta potensi besar pada masa akan datang. Memang meminati muzik, Aran juga mempunyai beberapa peralatan muzik peribadinya yang turut dibawa ke office. Majinn pula yang baru ditempatkan di dalam Audio Department begitu bersemangat di dalam menghasilkan mock-up bunyi dan editing. Majinn ataupun nama sebenarnya ialah Hazimin ini ialah bekas graduan UTeM dan juga mempunyai kemahiran menghasilkan laman web.

Compositing

Terakhir sekali ialah Emy yang dimasukkan di dalam compositing department. Emy yang kelihatan seperti keanak-anakan sebenarnya sangat berbakat di dalam compositing. Emy juga sebenarnya merupakan bekas pelajar latihan modelling 3d di LCP. Mempunyai asas yang kuat di dalam 3D, tidak hairanlah Emy mempunyai potensti yang besar di dalam bidang ini.

Oklah, itulah sahaja staff baru untuk 2010. Kepada semua staff baru diucapkan selamat bekerja dan kepada yang berminat ingin menyertai pasukan LCP hantarlah resume anda di jobs@lescopaque.com