Di dalam mencapai misi dan mempercepatkan produksi Les' Copaque sebenarnya tidak pernah putus-putus menyerap tenaga baru dalam produksi. Iyalah, tahun ini sahaja macam-macam perancangan yang ingin dicapai. InsyaAllah dari semasa ke semasa rancangan untuk tahun ini akan dikongsi di blog LCP ini. Tapi kali ni kita beri tumpuan dan sokongan kepada semua kakitangan baru LCP ni.
Modelling Department
Modelling team pada tahun ini diperkuatkan lagi dengan kemasukkan 3 orang jejaka kacak iaitu Arfan, Nasir dan Farquar. Arfan merupakan graduan dari KLMU, Nasir dari UniKL dan Farquar dari USM. Ketiga-tiga mereka mempunyai minat dan kekuatan yang berbeza ini akan mempelbagaikan dan menguatkan lagi kualiti models design pada tahun ini.
Web Department
Tak ramai yang tahu LCP juga mempunyai Web Department. Kali ini kemasukkan Hakim dari University John Moores Liverpool menjanjikan kelainan di dalam design laman web LCP dan laman web Upin Ipin khususnya. Selain sangat obses dengan Star Wars, Hakim juga amat mahir di dalam programming dan scripting. Dia juga sedang berjinak-jinak mengasilkan aplikasi games untuk laman web. May the force be with you!

Script Department
Sekiranya di LCP ada Adam, dah tentulah kita ada Hawanya. Hawa merupakan graduan UiTM Shah Alam dalam fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik yang sangat meminati anime serta Spiderman Trilogy. Mempunyai minat di dalam menulis yang dicampurkan dengan bakat kreativiti semulajadi maka terhasillah skrip Upin & Ipin. Itupun kenalah lulus dengan Opah dulu ye.
Selepas ini kita akan sambung dengan deparment yang lain pula. Kepada semua yang minat nak menceburi bidang kerja di LCP jangan takut-takut untuk menghantar resume anda. Semua permohonan kerja bersama dengan surat yang lengkap bolehlah diemelkan ke job@lescopaque.com