Gambar di bawah ini ialah peminat setia yang sanggup datang dari jauh. Awalnya tersalah tempat dan selepas terserempak dengan kepala maskot Upin Ipin yang ketika itu di dalam van menuju ke Plaza Shah Alam dan akhirnya mereka juga menuju ke sini.
Mereka datang pada dua-dua hari event ni dan lihatlah Abang ni datang pada hari ke-2 nya dengan baju WOG. Walaupun pada hari ke2 hujan lebat anak beranak ni selagi lagi shopping di booth Upin & Ipin.
Ini pula adik Hakimi. Baru berusia 2 tahun tapi sungguh aktif dan comel. Gambar di bawah ni semasa Hakimi masuk contest musical chair. Pada mulanya dia malu-malu namun selepas beberapa pusingan dia semakin aktif dan selalu bernasib baik.
Akhirnya adik Hakimi ni berjaya sampai ke peringkat final dan mendapat tempat ke-dua. Gelagat adik Hakimi pada masa tu memang mencuit hati.
Bila ditanya oleh hos pada masa itu di mana adik Hakimi menonton Upin & Ipin, jawapannya ialah dia menonton di website. Sungguh canggih kanak-kanak zaman sekarang, kecil-kecil lagi sudah pandai guna komputer.Peminat ini pula ialah seorang kakak bersama 2 orang anaknya. Berada di booth seawal 11 pagi dan anaknya pulak menyertai pertandingan mewarna. Kakak ni sanggup menunggu DVD/CD Upin & Ipin Setahun Kemudian yang pada masa itu stoknya masih belum sampai.

Akhirnya kakak ni dapat juga beli DVD/CD Upin & Ipin setahun kemudian pada sekitar pukul 4ptg.Pada hari tersebut sebenarnya masih banyak kisah mengenai peminat setia yang lain. Kami ucapkan terima kasih kepada semua peminat setia yang datang dan beri sokongan yang amat mengalakan pada hari tersebut.

