Monday, September 29, 2008

Minggu Ke-2 Di Plaza Shah Alam

Buat kali ke dua Les' Copaque mengadakan booth jualan Upin & Ipin serta pelbagai aktiviti untk para pengunjung di Plaza Shah Alam. Sambutan pada minggu terakhir ini agak memberansangkan dan tidak jauh berbeza dengan minggu sebelumnya. Aktiviti untuk adik-adik seperti pertandingan mewarna masih ditunggu- tunggu oleh peminat kecil Upin & Ipin.

Seronok adik-adik ini mewarna sambil dibantu oleh ibubapa mereka.

Adik Hakimi buat kali kedua datang lagi ke booth Upin & Ipin. Tengoklah baju apa yang dia pakai. Begitu mesra dan ceria.

Pada minggu ini juga pelakon suara latar Upin & Ipin iaitu adik Fathiah juga turut datang memeriahkan Plaza Shah Alam. Selain bergambar dengan peminat-peminat, adik Fathiah juga sambil dibantu oleh "Kak Ros", "Mei Mei" dan "Fizi" mengadakan pertandingan Tiru Gaya Upin & Ipin pada hari tersebut.


Secara keseluruhannya hujung minggu di Plaza Shah Alam buat kali ke-2 ini amat bermakna buat kakitangan Les' Copaque. Walaupun kebanyakan pengunjung sedang sibuk membuat persiapan terakhir hari raya namun sokongan dari peminat-peminat Upin & Ipin yang hadir pada minggu tersebut amat memberangsangkan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu khususnya En. Faiz dari TV9 dan Plaza Shah Alam.