Hari kedua: Seperti semalam, kami meneruskan jualan di gerai. Tetapi kali ini lebih meriah dan lebih ramai pengunjung. Kami memulakan aktiviti jualan seawal 11pagi. Awal-awal pagi lagi sudah ada yang menanti kedatangan kami, kebanyakannya tidak sabar untuk mengetahui kemunculan maskot. Pada hari tersebut, kami mengadakan sukaneka dan mini games untuk peminat kecil.
Antara adegan menarik ketika acara sukaneka. Permainan musical chair yang menerima sambutan hangat para pengunjung kecil yang tidak mahu ketinggalan utk merebut peluang memenangi barangan Upin&Ipin.'Mei Mei' dengan bantuan "Fizi' mengendalikan permainan Tiru Gaya Upin&Ipin dengan penuh bersemangat. Adik-adik ini sedang berlakon aksi mengejar ayam dalam episod 5:Esok Raya!
Dua beradik yang sedang khusyuk menyaksikan episod Upin&Ipin di gerai kami.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat kami yang sanggup menunggu dari awal pagi hingga ke petang sehinggalah kemunculan maskot. Kami amat terharu dengan sambutan yang diberikan. Jangan lupa untuk menyokong kami lagi pada minggu hadapan!
Lebih banyak gambar di forum