Hari Pertama: Pada 20 September 2008 lepas, kami telah membuka satu gerai jualan berdekatan Plaza Shah Alam (Plaza Masalam). Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan mewarna, sesi bergambar bersama maskot dan kuiz Upin&Ipin. Pendaftaran sebagai ahli Kelab Upin&Ipin juga dibuka pada orang ramai.
Seramai 20 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna. Semuanya mewarna dengan tekun dan para ibubapa juga turut memberi sokongan. Jualan barangan Upin&Ipin juga amat memberangsangkan. Ramai peminat yang berpusu-pusu datang untuk mendapatkan barangan Upin&Ipin.

Walaupun cuaca agak panas pada hari tersebut, namun ini tidak sesekali mematahkan semangat pengunjung untuk hadir ke gerai kami.

Adik-adik yang sungguh bersemangat mewarna. Ibubapa mereka turut memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

'MeiMei' dan 'Kak Ros' mengendalikan kuiz Upin&Ipin dengan penuh ceria sekali. Peminat Upin&Ipin tidak mengira usia berebut-rebut untuk naik ke pentas dan menjawab soalan.
Upin&Ipin, 'MeiMei' dan 'Kak Ros' bersama pemenang tempat ketiga pertandingan mewarna. Adik Hana tersenyum bangga bersama hasil karyanya.
Keadaan menjadi bertambah meriah apabila maskot Upin&Ipin tiba. Sesi bergambar bersama maskot dan kuiz memang menyeronokkan. Terima kasih kepada semua peminat dan ibubapa yang setia menunggu ketibaan maskot, sokongan anda amatlah kami hargai.
Lebih banyak gambar di forum