Seperti yang telah diketahui umum, barangan Upin & Ipin telahpun mula dijual di beberapa cawangan Jusco terpilih dalam tempoh 2 minggu percubaan. Disepanjang tempoh perjualan tersebut, kami telah menerima respon yang amat memberansangkan.

Kebanyakkan pengunjung Jusco amat berpuas hati dan bersetuju dengan idea untuk menjual barangan Upin & Ipin di cawangan Jusco sebagai salah satu cara untuk memudahkan peminat mendapatkan barangan eksklusif Upin & Ipin. Selain boleh membeli-belah, pengunjung juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama maskot Upin & Ipin. Antara cawangan Jusco yang membuat promosi Upin & Ipin ialah Jusco Mid Valley, Jusco Bukit Tinggi dan Jusco Wangsa Maju. Berita baik kepada pengunjung Jusco Wangsa Maju kerana promosi Upin & Ipin di cawangan tersebut akan dilanjutkan sehingga 21 Jun 2009 kerana di atas permintaan yang begitu baik.

