Pada 25 Mei 2009 yang lalu, Les' Copaque Production bersama Telekom Malaysia Berhad menganjurkan Majlis Menandatangani Perjanjian Les' Copaque bersama Telekom Malaysia, TV9, TPI dan Blitzmegaplex. Majlis yang bertempat di Menara Kuala Lumpur ini menyaksikan beberapa perjanjian yang ditandatangani sekaligus menjadi satu titik mula kepada perkembangan yang lebih lagi pada masa akan datang.
Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi,Kesenian dan Kebudayaan
Perjanjian bersama Telekom Malaysia merupakan perjanjian kerjasama penajaan oleh Telekom Malaysia untuk siri animasi Upin & Ipin. Manakala, perjanjian bersama TV9 pula merupakan perjanjian kerjasama sebagai syarikat televisyen penyiar rasmi siri animasi Upin & Ipin di Malaysia dan TPI untuk penyiaran rasmi di Indonesia. Terakhir sekali ialah perjanjian diantara Les' Copaque bersama Blitzmegaplex yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengedar tayangan bagi filem GENG : Pengembaraan Bermula di rantau Indonesia.
Ketika proses sidang media berlangsungMajlis ini juga turut dirasmikan oleh Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan bersama Dato' Badlisham Ghazali, CEO Multimedia Development Corporation's (MDeC). Sebaik sahaja selesai proses menandatangani, majlis diteruskan dengan sidang media untuk sesi soal jawab diantara wakil setiap media dan wakil dari setiap syarikat. Terima kasih diucapkan kepada semua media yang hadir pada majlis tersebut.
Ketika tayangan Upin & Ipin berlangsungSebelum majlis tamat, semua tetamu dihidangkan dengan tayangan eksklusif siri terbaru Upin & Ipin serta teaser terkini untuk filem Upin & Ipin Angkasa.



