Monday, June 15, 2009

Read Malaysia 09

Pameran Buku terbesar ataupun Read Malaysia yang telahpun melabuhkan tirainya pada 7 Jun lalu menyaksikan pelbagai lapisan masyarakat yang berkunjung untuk memeriahkan pameran ini. Pameran yang berlangsung selama 10 hari ini mengumpulkan lebih dari 20,000 jenis buku dan lebih 500 kiosk. Kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu MIECC kerana berjaya menganjurkan acara pameran buku terbesar seperti ini.

Upin & Ipin yang telah dijadikan sebagai duta Read Malaysia, sedikit sebanyak berjaya menarik tumpuan peminat-peminat kecil yang telah lama mengikuti siri animasi tersebut. Selain dari pameran buku, pengunjung juga berpeluang berjumpa dengan maskot Upin & Ipin serta penampilan khas adik Nurfathiah di dalam acara pentas. Kebanyakan adik-adik kecil yang datang sememangnya tidak mahu melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama Upin & Ipin kerana secara kebetulan pameran ini diadakan disepanjang cuti persekolahan.

Suasana di booth Upin & Ipin

Upin & Ipin di acara pentas

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telahpun hadir dan memeriahkan pameran buku ini dan semoga program Read Malaysia ini akan berterusan di masa yang akan datang. Jangan lupa untuk ikuti perkembangan serta jadual aktiviti yang akan berlangsung disepanjang bulan Jun ini nanti.