He..he.... nak tergelak Nenek tengok cucu-cucu Nenek melatah bila kena usik sikit. Tiba-tiba aje semua orang berminat membaca cerita Nenekyang dah nyanyuk ni. Baguslah tu, sekurang-kurangnya dapat membakar semangat cucu-cucu Nenek di Les' Copaque, mau pun yang berada diluartu supaya sama-sama lebih maju lagi.
Kepada Cucu Nenek yang nama Zalee tu, Nenek nasihatkan pergi buka kamus dan pahamkan pebezaan perkataan mengutuk dengan menkritik. Kalau dah paham sila kritik kerja cucu-cucu Nenek supaya kita sama-sama dapat memajukan diri sendiri. Kalau nak mengutuk..... antar saja e-mail kat cucu-cucu Nenek supaya semua orang tak buang masa nak bertikam lidah.
Dulu Nenek masa muda pun macam cucu Nenek si Zalee tu juga. Konon Nenek hebat sangat...semua kerja orang lain tak bagus dan sentiasa bagi komen yang kononnya pedas... barulah orang lain boleh maju macam Nenek. Sebenarnya bukan itu... saja Nenek nak menunjuk kononnya Neneklah yang paling terror. Satu hari...ada budak yang hingus baru masuk kerja cakap kat Nenek... "Kalau Nenek terror sangat apa yang Nenek dah capai? Masih kerja bawah Boss lagi. Tak siap assignment pun masih kena hampot dengan Boss macam kita orang juga!!"...... Nenek masa tu tersentak betul. Ingat dah teror sangat.... rupanya masih tunggu gaji hujung bulan nak bayar bil credit card. Fikir punya fikir Nenek berhenti kerja dan berniaga. Dah masuk bidang berniaga ni baru Nenek tau yang kita tak boleh berlagak teror... nanti jadi terrorist. Tapi Nenek bersyukor, Nenek berjaya mendapat juta yang pertama (bukan Rupiah) pada umur Nenek 38tahun. Setelah berjaya dan terkenal dalam bidang yang Nenek ceburi dulu takda apa lagi yang Nenek nak kejar. Itu sebab Nenek menceburi bidang ini untuk suka-suka saja... ialah nak melepaskan masa terluang Nenek sebelum Nenek tutup mata. Insyaallah .... Nenek akan berusaha menjadikan semua cucu Nenek di Les Copaque ni jutawan satu hari nanti. Kalau Cucu Nenek Zalee tu nak belajar macam mana nak berjaya bolehlah jumpa Nenek nanti.
Satu lagi yg Nenek nak beritahu Cucu-cucu Nenek yang berfikiran bahawa orang Melayu tak perlu lagi beradab sopan untuk menjadi lebih maju lagi. Bila orang Melayu dah tak ada adab sopan lagi, kita akan hilang identiti. Kita jangan hilang identiti kita atas alasan untuk mengejar kemajuan.......orang Jepun hingga hari ini masih membongkokkan badannya memberi hormat walau pun mereka telah maju beratus-ratus kali dari kita. Percayalah pada diri kita sendiri dan tak payahlah meniru budaya barat yang negatiptu.
Sebut pasal percaya diri sendiri, Nenek dan cucu-cucu Nenek di Les Copaque percaya kita tak payah meniru cerita Pixar atau Hollywood untuk berjaya. Kita berpendapat cerita kampong kita boleh berjaya ditahap global kerana ia membawa pembaharuan kepada penonton global. Seperti Mahata kata di laman Mr. Z... image yang kami ingin ketengah ini memang sukar untuk dipasarkan dan mesti ada sebab kami buat. Ya...Betul... memang ada sebab Nenek buat begitu...... supaya jika berjaya nanti kita dapat berbangga yang itu wajah Malaysia dan buatan Malaysia.... seperti kata Elemental master.... "we're introducing Malaysia to the whole world , not introducing whole world back to them". Jika kita berjaya , negara kita akan berbangga, tetapi jika kita tiru image dia orang, kita akan menjadi salah satu studio seperti mereka dengan tak ada apa yang dapat kita banggakan. Filem kita wajah Kita..... Hidup Malaysia maju Les' Copaque.
Tentang biaya tu... Nenek rasa kita tak menyusahkan sesiapa...... it is not your problem. Kalau tak berjaya pun...... menurut kata En. David Teoh dari Metrowealth..." tak ade rejeki!!!". Kalau Les' Copaque takde pun, kau orang pun kena cari rejeki untuk anak Bini. Jadi rejeki ada ke tak ade bukan masaalah kami dan bukan Les' Copaque yang menentukan. Tapi yang dah tentu, kalau kami meletup, semua cucu-cucu Nenek yang terlibat dalam animasi akan mendapat rahmatnya. Dah tentu Les' Copaque nak besar kan studio, ha!!!... masa tu kalau Mr. Z..... berminat bolehlah hubungi Nizam. Insyaaalllah....
Satu lagi yang Nenek tertarik ialah komen Yong Pin dan Cycom. Dua orang yang bukan Melayu tahu beradab sopan. Yong Pin telah memberikan jawapan yang objektif kepada semua komen dan Mr Cycom yang tahu meminta maaf bagi pihak orang lain. Kita perlu mengambil iktibar diatas perbuatan yang terpuji ini....khas buat Mr. Z.....
He...he.... Nenek Kebayan Atuk Ranggi, Nenek nak tengok Melodi.