Tuesday, December 05, 2006

SELAMAT PENGANTIN BARU

He..he... komplen pulak budak Nizam tu pasal tak post dia punya wedding kat blog!!! Bukan tak mau post........... geng dia orang dah sabotaj. Bawa kamera tapi si Safwan tinggalkan kat Nizam di Kedah. Dah tu balik opis hari Khamis ... jadi manalah ada gambar nak tunjuk kat cucu-cucu nenek yg lain. Nasib baik Nenek buka album masa depan ........... dapatlah gambar dia orang masa akan datang. Insyallah kalau dia orang balik nanti Nenek postkan gambar dia orang untuk semua orang tengok.

Hari tu Nenek pergi juga tengok wedding dia orang. Cucu Nenek yang ini memang terror, sekali aje dah sah. Tapi ada orang bisik kat Nenek dia bagi sampul surat kat saksi dan Imam...... ini mungkin kes sogok... patutlah sekali aje. Nati kita tanya dia bila balik nanti.......... selalunya kalau dia buat kerja tak pernah sekali siap terus.

Bila Cucu Nenek yang ini duduk bersila depan Imam, anak dara Kedah berebut-rebut nak menjenguk kedepan. Habis sanggul Nenek. Ingat dia orang nak tengok pengantin.......... rupanya dia orang tengok pengapit si Nizam... budak Zaid tu. Dia orang kata hensom!!!!.... Wah nampaknya Nenek kena pergi Kedahlah sekali lagi. Dia orang kata, bila raya boleh syer kereta balik Kedah.
Suka hati Hang lah.......

Macam ne pun... Selamat Pengantin Baru dan cepat balik kerja..... Keret kebal Hang nak meletup dah.

He..he... Anak itik anak ayam, dapat bini cantik tak tidur malam