Friday, December 08, 2006

Masa Bersantai

He...he... hari ni semua Cucu-cucu Nenek dah balik kat opis. Yang kahwin dah balik, yang sekolah dah cuti jadi semua ada kat opis tadi. Satu pagi dia orang meeting....maklumlah dah lama tak jumpa. Entah apa yang dia orang bincang Nenek tak tahulah, sebab dia orang tak ajak Nenek. Agaknya dia orang takut Nenek membebel. Entah-entah dia orang nak tahu dari diorang punya bos tu seronok tak kahwintu. Sebab antara mereka semua ni.... bosnyalah yang mulakan cerita kahwin-kahwin ni........konon " leadership by example lah". Kalau tak cerita tu apahal meeting panjang sangat sampai nak sembahyang jumaat?

Nenek saje biarkan diaorang santai dulu... maklumlah, minggu lepas hingga awal minggu ni semuanya teruk bekerja. Kalau tengok dia orang hari Isnin lalu, semuanya mamai...... maklumlah sampai lima hari dia orang tak tidur. Jadi dua tiga hari ni Nenek bagi chanlah. Malam tadi dia orang ramai-ramai pergi main Futsal khabarnya. Cucu Nenek, si Udd kata yang lelaki semua tak pandai main........ yg pandai Eee Jin aje, tapi tahan dgn tangan. Kalau yang perempuan tu tak da mesti dia orang kalah. Nenek tengok dia orang main bola kat komputer pandai sangat..........patutlah asyik pakai tangan aje.

Malam ni dia orang ramai-ramai pergi tengok wayang cerita Happy Feet. Pagi-pagi lagi si Yong Pin ajak nenek tengok wayang........ manalah Nenek nak pergi. Mata Nenek dah rabun ......... nanti tidur aje dalam panggung. Tapi bila Nenek balik rumah tadi... Atuk ajak Nenek pergi Karoke Dangdut malam ni tau!!!. Baik pergi dangdut dari ikut dia orang... Nenek dapat berdangdut macam siapa tu?.... Inul agaknye? Dangdut gerudilah!!!!!!Kau orang budak-budak manalah tau.

23hb ni, semua cucu Nenek nak ikut Nenek pergi Farmosa sambil tengok dak Nizam tu kahwin kat kampong dia. Cucu Nenek semuanya nak mandi kat Nenek punya swimming pool sambil berbabecue. Wau... seronoknya. Semalam dak Nizam tu sibuk mengendeng nak ikut sekali. Mana bolih........... kan dia sibuk nak kahwin. Kita tengokkan kalau mak dia bagi pergi. Hai.... dah kahwin pun minta mak approve lagi.

Ah dah lah.... Nenek ni asyik merpek aje. Minggu depan siap kau orang. Semua mesti kerja keras balik. Kalau tidak tak boleh pergi Farmosa.

He..he.. Panglima Ah Win sungguh tangkas, semua jenama habis di serang,baru kahwin macam belangkas, bila dah lama jalan sorang.