He, he,....dah lama Nenek tak keluar dalam laman blog ni..... sebenarnya Nenek pergi ke Korea meninjau macam mana industri animasi meraka berkembang.
Bila Nenek balik semalam Nenek terperanjat tengok Cucu-cucu Nenek bertikam lidah kat laman blog budak Z.............tu. Tak payahlah buang masa nak melayan benda-benda macam tu. Buang masa aje..
Orang Melayu ni dah semula jadi ada perasaan hasad dengki.........kalau tidak kita dah lama dah maju. Bila tengok bangsa kita maju sikit, mulalah kutuk supaya dia jatuh. Lain pula Bangsa asing, mereka tahu yang mereka susah mendapat bantuan kerajaan, jadi mereka akan saling bantu membantu. Kalau yang satu banyak dapat kerja tapi tak upaya mereka akan minta bantuan dari syarikat bangsa mereka. Lain pula bangsa kita, cepat cepat nak bunuh bila tengok bangsa mereka lebih maju dari mereka.
Orang Melayu ni sepatutnya penuh sopan santun dan beradab. Kalau nak warwarkan laman blognya dengan mengutuk satu sama lain, Nenek rasa mereka tu dah kurang menghayati adab sopan orang Melayu. Terlalu terikut-ikut dengan cara Barat yang konon-nya " I want to be frank and direct......oh ye....". Nenek rasa mereka yang masih hingusan ni eloklah belajar adab berniaga dengan abang-abang atau pakcik-pakcik mereka disana.
Nenek dan Atuk membiayai projek ini dengan tujuan macam ni...................
- Untuk memberi peluang pada cucu-cucu Nenek yang berbakat untuk berkarya.
- Geram tengok takda satu kompeni Melayu pun yang mempunyai standat untuk bersaing
dengan kompeni bangsa Asing di Malaysia.
- Untuk mencetuskan minat kepada kerajaan dan bakal-bakal pelabur untuk memajukan
industri animasi sekiranya Geng meletup. Siapa yang untung??? Semua Cucu cucu Nenek
yang terlibat dengan animasi juga yang untung. Boleh cari makan.
Nenek dan Atuk dari dulu lagi tak bagi Cucu Cucu Nenek tiru Hollywood buat filem. Kita tak kan mampu bersaing dengan mereka. Kalau kita buat macam mana bagus pun, orang akan membandingkan dengan mereka dan kita tak akan mampu menyainginya. Jadi eloklah kita buat cara kita sendiri dengan cerita kita sendiri. Totoro pun boleh terkenal dengan cara nya tersendiri.
Kepada siapa yang nak komen kerja cucu nenek.........silakan. Tapi beradablah sikit dan bagilah komen yang membina. Kalau sendiri pun jalan senget, baik diam saje.... jangan suruh orang jalan tegak-tegak. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Kepada Cucu-cucu Nenek tu... tak payahlah bertikam lidah dengan budak Z...... tu. Anjing menyalak bukit, tak akan runtuh bukit tu.......... tunjukkan kepada mereka kebolehan kamu.
He..he... Nenek dah penat ni. Orang berbudi kita berbahasa................